Tuesday 5 March 2013

UPDATE LAHAD DATU Pengikut Kiram pilih jalan sedemikian - Jurucakap Aquino


Pengikut Kiram pilih jalan sedemikian - Jurucakap Aquino

MANILA 5 Mac - Jurucakap Presiden Benigno Aquino III, Ricky Carandang hari ini berkata, kerajaan Filipina telah menggunakan semua pendekatan untuk mengelak pencerobohan di Sabah berakhir dengan keganasan.
Kenyataan itu dibuat selepas kerajaan Malaysia melancarkan serangan ke atas penceroboh yang mendakwa diri mereka sebagai pengikut Kesultanan Sulu di kampung Tamduo, Lahad Datu, hari ini.
“Kami telah melakukan semampu boleh bagi menghalang kejadian ini berlaku, tetapi pengikut Kiram memilih jalan tersebut," kata Carandang.
Sebanyak 27 orang telah terkorban akibat pertempuran sejak pengikut Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III menceroboh negeri itu pada 12 Februari lalu.
Carandang berkata, Setiausaha Luar Filipina, Albert del Rosario masih berada di Kuala Lumpur untuk berunding dengan rakan sejawatnya dari Malaysia berhubung krisis keselamatan itu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130305/lu_10/Pengikut-Kiram-pilih-jalan-sedemikian---Jurucakap-Aquino#ixzz2MdpqmpBm
© Utusan Melayu (M) Bhd 

0 comments:

Post a Comment