Tuesday 19 March 2013

Perang Huruf Di Bumi Kelantan...

Fenomena huruf di Kelate semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Ini menunjukkan rakyat seolah-olah sudah mual dengan simbol rasmi parti maka simbol huruf mendapat perhatian rakyat. Kini kumpulan yang menggelarkan diri mereka Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan atau "R" semakin bersemangat sehinggakan lupa akan warna rasmi pembangkang di Kelantan iaitu Hijau dan Putih. Maka, warna rasmi kebangkitan rakyat Kelantan yang dibawa oleh pucuk pimpinan UMNO/BN iaitu Gelombang Merah telah ditiru untuk menambat sokongan rakyat.


Juga van rasmi sebagai promosi "R" yang dirasmikan oleh Nik Aziz baru-baru ini di Kelab Pas, Kota Bharu.


Sungguhpun begitu, pihak UMNO/BN melalui NGO "T" iaitu TUKAR telah menggerakkan usaha untuk membawa rakyat Kelate untuk MENUKAR kerajaan PAS sekarang yang telah 23 tahun memerintah dengan penuh kepincangan. Rakyat Kelantan kini sudah PUAS dengan Janji-janji Manis PAS yang menjanjikan Bulan dan Bintang tetapi rakyat tidak merasai.Maka NGO "T" ditubuhkan dengan membawa misi Tukar Kerajaan PAS Kelantan Demi Rakyat. Maka huruf "T" menjadi fenomena baru.








Setelah kebangkitan rakyat dan menunjukkan peningkatan yang LUAR BIASA, pihak PAS kini tertekan dan pelbagai usaha telah diambil untuk menyekat gelombang kebangkitan UMNO/BN yang rata-ratanya terdiri daripada golongan muda mudi. Maka mereka timbul dengan huruf baru iaitu "K" yang membawa maksud KEKAL..


 p/s: Huruf K membawa kepada maksud KALAH dan KECUNDANG..

Kita pakat-pakat tunggu kemunculan HURUF terbaru akan datang..

-Duri SemaluKu-

0 comments:

Post a Comment