Friday 8 March 2013

Update Lahad Datu 79 Pengganas Ditahan

Pasukan keselamatan menahan 79 orang yang disyaki mempunyai kaitan dengan kejadian pencerobohan kumpulan militan di Kampung Tanduo, dekat sini, sejak 12 Feb lepas.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata mereka ditahan di sekitar Sabah, termasuk di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan Semporna.


Bagaimanapun beliau enggan mengulas kerakyatan mereka yang ditahan itu. "Siasatan masih dijalankan dan hasil soal siasat terhadap mereka telah membawa banyak kejayaan kepada Op Daulat untuk membanteras penceroboh itu," katanya kepada pemberita di markas sementara di Felda Sahabat 16, di sini hari
ini.

Sejak pencerobohan itu, lapan anggota polis terkorban iaitu dua dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serang hendap di Semporna pada 2 Mac manakala di pihak musuh, seramai 52 orang terbunuh.

0 comments:

Post a Comment