Tuesday 19 March 2013

Hot YDP MPKB-BRI: Kota Bharu masih kotor



19 Mac 2013
KOTA BHARU - Setelah dua tahun kempen kebersihan dilancarkan, namun tahap kesedaran orang ramai dalam menjaga kebersihan di sekitar bandar ini masih rendah, kata Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Baharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI), Fauzi Mat.

Beliau berkata ini membantut sasaran MPKB-BRI untuk menjadikan bandar ini bersih sepenuhnya.

"Apa yang dikesalkan masih terdapat di kalangan penduduk yang misalnya membuang sampah di luar tong sampah yang disediakan," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Hari Tanpa Penggunaan Beg Plastik di sebuah pasaraya di sini hari ini.

Ia dirasmikan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Zainuddin Awang Hamat.

Fauzi berkata di bawah undang-undang kecil mencegah kekotoran MPKB-BRI, pihaknya telah mengeluarkan saman terhadap lebih 500 kes tahun lepas dan tahun ini sehingga 18 Mac lepas, lebih 50 saman dikeluarkan.

Di majlis itu, beliau turut menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan kebersihan bagi enam kategori termasuk restoran, kawasan perumahan, gerai makan dan tandas awam. - Bernama

2 comments:

  1. RRRRoyalti emas,balak,bijih besi20 March 2013 at 22:21

    rasa ambo dulu antara parkson n stesyen bas tu boleh dok ngatik sembahyang biar laa balaisoh kosong,lorni g ngatik mana puak2 dia ?

    ReplyDelete