Friday 8 March 2013

Update Lahad Datu: Sebuah helikopter terhempas!


Subhanallah! Perkhabaran kurang enak yang kami terima sebentar tadi adalah, sebuah helikopter yang dihantar untuk membantu pasukan keselamatan negara menumpaskan para penceroboh dilaporkan terhempas kerana masalah teknikal. Aset ketenteraan tersebut yang dijadualkan tiba memberikan bantuan serangan hari ini terhempas ketika dalam misi untuk memulakan perjalanan lagi. Setakat ini tiada kematian atau kecederaan dilaporkan.

Adalah diharap agar berita ini tidak dijadikan sumber khabar angin untuk memburukkan lagi keadaan di Lahad Datu, Tawau dan Semporna. Sebagai rakyat Malaysia yang patriotik, kami di MyMassa menyeru agar kita semua tidak putus-putus mendoakan keselamatan dan kejayaan para perajurit kita yang sedang mati-matian bersabung nyawa demi kedaulatan Negara. Janganlah kita menjadikan berita buruk ini sebagai modal untuk kita memburukkan satu sama lain dan menyalahkan sesiapa.

Namun, kami difahamkan, kejadian ini akan cuba disenyapkan oleh penchacai regim pembangkang kerana helikopter yang GAGAL membuat penerbangan tersebut adalah helikopter RAKYAT milik mereka yang dikerahkan untuk berjihad di Sabah! Menurut laporan risikan kami juga, helikopter tersebut yang tidak diketahui jenis modelnya, terhempas kerana "kehilangan" enjin dan kipasnya sewaktu mahu berlepas.

Di bawah ini adalah foto kejadian sejurus kejadian tersebut berlaku.





*Chai jangan marah. Hari Jumaat ini. Hari untuk kita tenangkan jiwa :)


0 comments:

Post a Comment