Tuesday 12 March 2013

Update Ops Daulat Manila bawa 'mesej' Jamalul Kiram kepada Najib

MANILA - Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina akan memanjangkan beberapa soalan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang dibangkitkan oleh Jamalul Kiram III, yang mendakwa dirinya Sultan Sulu.

Setiausaha Dalam Negeri dan Kerajaan Tempatan, Mar Roxas berkata, Bantilan Esmail Kiram II yang merupakan saudara terdekat kepada Jamalul mahukan penjelasan daripada Malaysia mengenai pengikut Kiram yang terus diburu di Lahad Datu.

Polis Malaysia mengesahkan setakat semalam, 63 pengikut Kiram terbunuh.

Op Daulat dilancarkan minggu lalu.

“Saya rasa soalan yang bakal diajukan itu berkaitan dengan perdana menteri dan mereka mahukan penjelasan. Saya akan sampaikan mesej mereka ini (pengikut Kiram) kepada presiden sendiri melalui Setiausahanya, Albert del Rosario supaya persoalan ini dapat dijawab,” katanya.

Roxas turut berkata pertemuan dengan Esmail hanya lebih kepada langkah pertama bagi menyelesaikan konflik di Sabah.

Beliau turut menyampaikan kebimbangannya terhadap keselamatan 800,000 rakyat Filipina yang berada di Sabah termasuk pengikut Kiram yang hingga kini enggan berundur.

Jurucakap Kiram, Abraham Idjrani bagaimanapun masih belum memberi sebarang butiran berhubung pertemuan Esmail dengan Roxas.

Abraham mengesahkan Agbimuddin masih berada di Sabah.

0 comments:

Post a Comment