Tuesday, 11 February 2014

PRK DUN Kajang: Polis buka tiga kertas siasatan terhadap Anwar


PRK DUN Kajang: Polis buka tiga kertas siasatan terhadap Anwar
KUALA LUMPUR: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berdepan tiga siasatan polis berhubung tindakan beliau berkempen sebelum penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, lapor Berita Harian.

Dilaporkan polis membuka tiga kertas siasatan terhadap Anwar dan perkara tersebut disiasat bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana tidak mengemukakan sebarang kenyataan bertulis 10 hari sebelum melakukan berkempen.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar dilaporkan mengesahkan siasatan dibuat mengikut Seksyen 9(5) akta itu kerana pihaknya tidak menerima sebarang notis pemberitahuan berhubung kempen yang diadakan.

Sebelum ini, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf mengingatkan Anwar supaya tidak berkempen sebelum tarikh penamaan kerana ketua pembangkang itu boleh dikenakan tindakan mengikut akta itu jika berkempen sebelum penamaan calon.

Anwar bagaimanapun menegaskan dakwaan beliau melanggar undang-undang dengan memancing undi terlalu awal sebagai tidak berasas.

Berita Harian juga melaporkan Abdul Aziz berkata parti politik sepatutnya mematuhi peraturan yang ditetapkan badan itu dalam berkempen bagi mengelak provokasi.

"Apa yang saya cakap adalah seperti termaktub dalam undang-undang dan semua parti bertanding perlu mematuhinya, tiasa siapa yang terkecuali.

"Saya minta parti politik supaya dapatkan permit polis mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 sekiranya ingin mengadakan perhimpunan atau ceramah," katanya.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/prk-dun-kajang-polis-buka-tiga-kertas-siasatan-terhadap-anwar-29918?cp

0 comments:

Post a Comment