Tuesday, 11 February 2014

Filem "Son of God" bakal cetus kontroversi!!!



Bagai sudah dirancang atau berlaku secara kebetulan, pihak kafirin harbi katolik antarabangsa cuba memanaskan perasaan umat Islam seluruh dunia.

Filem "Son of God" bakal ditayangkan di Amerika Syarikat pada 28 Februari 2014 dan akan cuba ditayangkan serentak di seluruh dunia.

Mungkin sesetengah pihak termasuk puak langau dan katak hijau akan mempersoalkan kenapa kerajaan perlu takut filem ini ditayangkan? 


Tahu tak bahawa filem boleh digunakan sebagai medium propaganda untuk menyebarkan fahaman salah dan menyongsangkan akidah. Boleh goyah iman jika kita mempercayai dan menerima sesuatu dakyah sesat sebagai sesuatu yang betul.

Apatah lagi dengan kehangatan PRK Kajang yang sengaja dicipta untuk menaikkan seorang pesalah syariah/liwat untuk merebut jawatan Menteri Besar yang gajinya lebih besar dari seorang Perdana Menteri! Semua ini dirancang untuk mengugat institusi Islam. 

Memang filem mengambarkan kreativiti seseorang pengarah. Namun filem juga menjadi senjata untuk menguatkan tuntutan golongan tertentu. Bagaikan sudah diplot filem ini akan menjadi punca ketengangan antara Islam dan Kristian Khatolik yang dibantu secara senyap-senyap oleh pihak ekstrem agama-agama lain.
Umat Islam di Indonesia selalunya pantas membela Islam, kita juga harus lebih pantas membela Islam.

Ketengangan dijangka bukan sahaja akan berlaku di Malaysia tetapi paling dahsyat konflik dijangka lebih hebat akan berlaku di Indonesia, Pakistan, Negara-negara Timur Tengah bahkan di kalangan penganut pelbagai aliran kristian sendiri yang tidak setuju dengan tafsiran filem ini.

Promo Jihad kalimah Allah

Di Malaysia keputusan mengenai Kalimah Allah akan dijalankan di Mahkamah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 5 Mac 2014.  Jadi jangan kita leka kerana musuh-musuh Islam tidak pernah leka. Kejahatan yang terancang akan mudah menghancurkan kebaikan yang tidak bersatu dan terancang. Ayuh mari kita gerakkan sukarelawan Jihad untuk turun ke KL pada tarikh tersebut nanti.

Apa lagi kita tunggu? Haramkan segera kemasukkan dan penayangan filem "Son of God" kerana ancaman dan propaganda akidah oleh puak-puak ekstremist agama. Lebih baik kita mencegah dari terpaksa menanggung kerugian lebih besar di kemudian hari.

JAKIM, KDN, LPF, PDRM, SKMM sila ambil tindakan segera! NGO's singsingkan lenganmu ada tugasan jihad yang perlu anda semua lakukan. Hentikan perlecehan terhadap Allah dan Nabi Isa a.s. Allah Akhbar!

0 comments:

Post a Comment