Thursday 27 February 2014

PKR BERKECAMUK : RAFIZI KATA ITU U PUNYA HAL, SAIFUDIN KATA AKAN PUJUK TARIK

 
PRK BERKECAMUK: SAIFUDIN NAK PUJUK TARIK, RAFIZI KATA ITU U PUNYA HAL LAH HADI, MB KHALID    KATA OK TANDATANGAN AIR, ANWAR KATA SAYA TAK DIBERITAHU...
Mohd Badiuzzaman Mohd Nursi menulis di laman pro ulama PAS, El Haraki mendedahkan PKR bersungguh-sungguh mahu menarik balik saman bernilai RM2 juta terhadap Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mendapat tahu parti itu akan memboikot Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertanding dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
“Banyak cantik ! Kamu dah calarkan maruah tok guru, dibantu oleh watak loyar cuai lebih menampakkan PAS lemah, pas tu nak tambah episod tarik balik saman ..
Memang ada asas mereka nak tarik balik sebab orang PAS mula marah pada PKR dan plan nak boikot Kajang. Anwar tergugat. Pentaksub dan pentakjub Anwar dalam PAS pun mula tak selesa. Mereka pun dok lobi minta PKR melalui Anwar nasihat bekas calon PKR tu tarik balik saman. Bukan fikir pasal tok guru tapi bimbang jentera PAS boikot kajang move. Derita Anwar nanti,” katanya dalam tulisan bertajuk, “Saya Tak Setuju Saman ditarik Balik.”
Kemarahan ahli-ahli PAS berpunca daripada keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu Ahad lalu yang mengarahkan Presiden PAS membayar saman berjumlah RM2 juta berikutan penghakiman ingkar yang diperoleh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd. Shamsul Mat Amin.
Semalam, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan Antarapos berkata PKR sedang berusaha bersungguh-sungguh berunding dengan ahli partinya, Mohd. Shamsul dapat diselesaikan di luar mahkamah untuk menjaga hubungan Pakatan Rakyat (PR).
“Kita sedang berusaha, kita sedang berkomunikasi dan berbincang dengan Shamsul tapi di peringkat pimpinan pusat.
“Pertama, ketika isu ini mula-mula dimaklumkan YB Azan beberapa minggu pertama selepas PRU, pimpinan pusat memberikan nasihat kepada Shamsul untuk tidak meneruskan sebarang langkah perundangan sebaliknya berusaha untuk berjumpa dengan presiden PAS secara damai atas semangat kekeluargaan,” katanya.
Mohd Badiuzzaman dari El Haraki berkata usaha menarik balik saman tidak menyelesaikan masalah kerana imej Presiden PAS telah berjaya dicalarkan.
“Saya tak setuju tarik balik saman. Teruskan dan biarkan ada perbicaraan. Kan kita semua nak tahu siapa benar dan siapa salah ? Malah ada yang minta tok guru mengaku salah dan mohon maaf .. macam mana boleh jadi begitu … bawalah ke mahkamah.
“Tok guru dah siap dari awal lagi. Yang gi buat drama sampai keluar surat penghakiman ingkar ni apa hal ? Nak cari jalan supaya batal perbicaraan dan dunia nampak seolah-olah tok guru yang salah. Come on mannn … Allah akan jaga para pejuang agamanya.
“Usaha boikot Kajang Move ada asas sebab jentera PAS lihat PKR bukan nak jaga pun perasaan dan maruah Presiden PAS. Tapi nak guna tenaga dan pengaruh Presiden PAS dalam Kajang. Saya tak kisah kalau jentera PAS nak boikot sebab ada asas yang kuat .
“Saya pula tak setuju tarik balik saman ke atas tok guru. Sebab saya dan semua orang nak dengar hujah dan bukti dan saksi pil kuda dalam mahkamah nanti. Kalau tak ada bukti maka tok guru wajar dihukum kerana lempar kesangsian dan kekeliruan atau fitnah. Tapi kalau tarik balik saman atau selesai atas bumbung mahkamah, macam mana kita nak tahu sapa yang bohong dan salah,” katanya lagi

3 comments:

  1. Alahai baru sedar ke selama ni jentera PAS cuma taraf cai angkat najis je pada org2 PKR.. Dah korang yang walaq 'mengkhinzir' buta terhadap pemimpin korang sehingga disuruh apa pun sanggup buat..di suruh terlentang tgh jalan.. buat, suruh melompat2 mcm berok..buat.. suh letak duit dalam tin milo buat...suruh jadi macai dlm PR... buat... jadi aper yang juak2 PAS nak kecohkan?? Dah PAS mmg selamanya keldai dalam PR, terima la hakikat..siapa yang nak pakai servis hangpa boleh pakai...caii oiii..hangpa ramai pun ibarat buih2 di lautan jaa... yang berkuasa PKR n DAPigs.... Nasib la...politik ala si luncai juak2 lalat ijau ni..bila kene kacau bising, melolong2..bia da reda, last2 langsung senyap.. hinggap balik kat najis, berkumpul2, takde action ape2...asyik2 kene tipu jer dgn PKR n DAPigs...aper la malang nasibmu lebai2 PAS..

    ReplyDelete
  2. kah kah kah.......kalau kata bodo marah tp org pas mmg selalu kena kencing ngan anuar...betul kamu kata..suruh baring atas jln org pas buat suruh masuk longkang pun buat kah kah kah

    ReplyDelete
  3. Inilah caranya Pakatan Rakyat berpakat. Memang sepakat. Bagus. (taik kucing)
    Kalau bukan sebab kena saman pun, rakyat Kajang akan tunjukkan jalan keluar pada Anwar, ikut Hiway Grd Saga, balik Segambut.

    ReplyDelete