Wednesday, 5 February 2014

PRK Kajang: 11 Mac penamaan calon, 23 Mac mengundi - SPR


PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 11 Mac tarikh penamaan calon manakala 23 Mac hari mengundi untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada sidang media di Bangunan SPR di sini, sebentar tadi.
Kerusi DUN Kajang kosong selepas penyandangnya, Lee Chin Cheh dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletak jawatan pada 27 Januari lalu.

Sementara itu, pakatan pembangkang menamakan Ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon mereka untuk mengisi kekosongan kerusi berkenaan.

Lee memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum Mei lalu dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan Barisan Nasional (BN), Berjasa dan tiga calon bebas.

0 comments:

Post a Comment