Tuesday 17 March 2015

Mujahid Yusuf Rawa Gesa Pas Kelantan Tumpu Banjir Bukan Hudud!!

Kalangan pemimpin utama PAS masih belum mencapai sepakat walau cadangan pindaan ke atas Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 akan dibentangkan esok.

Ini boleh dilihat melalui kenyataan ketua penerangannya, Datuk Mahfuz Omar berkata, yang mempertahankan tindakan PAS Kelantan untuk membentangkan pindaan itu.

Beliau menegaskan bahawa rakan kongsi PAS, DAP perlu menghormati proses demokrasi di negeri itu.

Katanya, walaupun cadangan pindaan itu mendapat sokongan Umno, ia tidak bermaksud bahawa PAS dan Umno akan membentuk satu pakatan baru.

"Aspirasi dan hasrat rakyat yang memberi mandat untuk mentadbir Kelantan sejak 1990 hingga 2015 perlu dihormati,” katanya dalam satu kenyataan.

Pandangan itu berbeza dengan pendirian anggota jawatankuasa pusatnya, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang berkata, ia bukanlah hasrat yang ditunjukkan oleh rakyat.

Beliau memetik hasil tinjauan Merdeka Centre yang menunjukkan 84 peratus warga Kelantan mahu kerajaan negeri lebih mengutamakan usaha menyalurkan bantuan ekoran bencana banjir besar yang melanda.

Mujahid berkata, menurut perundangan Islam, isu berkepentingan awam perlu diutamakan oleh kerajaan.

"Suara pengundi mesti diberi perhatian kerana bila DUN memfokuskan pada isu lain, ia akan memberi kesan pada nasib mereka.

“Mereka boleh jadi penyokong kerajaan PAS Kelantan,” kata Mujahid dalam satu kenyataan.

Pindaan yang akan dibentangkan esok merupakan langkah pertama dalam melaksanakan undang-undang hudud.

DAP sebelum ini memberi amaran bahawa Pakatan Rakyat akan berpecah belah sekiranya PAS tetap membentangkan rang undang-undang pindaan itu.

0 comments:

Post a Comment