Wednesday, 11 March 2015

UMNO Pecat Keahlian Shariff dan Fadzillah, Tanding Bebas PRK DUN Chempaka


KUALA LUMPUR, 11 Mac – UMNO telah memecat keahlian Sharif Mahmood dan Fadzillah Hussin berkuat kuasa serta merta berikutan tindakan mereka yang bertentangan dengan keputusan parti iaitu bertanding sebagai calon bebas dalam Pilihan Raya Kecil DUN Chempaka.

calon2 chempakayyyyyy

Sharif berdaftar sebagai ahli UMNO Cawangan RKT Kesedar Jeram Tekoh, Gua Musang manakala Fadzillah pula dari Cawangan Kepala Batas, Tumpat.

Keputusan pemecatan ini telah dibuat melalui Jawatankuasa Pengurusan Majlis Tertinggi di bawah Fasal 20.10 Perlembagaan UMNO.

Surat pemecatannya telah dikeluarkan oleh Ibu Pejabat UMNO hari ini yang ditandatangani oleh Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. – MediaUMNO


0 comments:

Post a Comment