• Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah
 1 / 1 
KUALA LUMPUR - Kerajaan mendedahkan bayaran untuk mengendalikan kes Liwat II kepada pendakwaraya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah hanya RM1,000.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata, pendedahan itu dibuat setelah beberapa kali isu bayaran itu dibangkitkan di Dewan Rakyat selepas MENDAPAT kebenaran daripada Shafee dan Jabatan Peguam Negara.

"Sudah disebut sebelum ini bahawa nilai itu tidak boleh didedahkan. Tapi boleh didedahkan dengan persetujuan Tan Sri Shafee dan Jabatan Peguam Negara.

"Dengan persetujuan dua-dua pihak, bayaran adalah RM1,000," katanya kepada Dewan Rakyat, hari ini.

Er Teck Hwa (DAP-Bakri), membangkitkan jumlah perbelanjaan yang dibayar kepada Shafee sepanjang kes Liwat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibicarakan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.