Friday 13 March 2015

Majlis Peguam didesak pertahan institusi kehakiman


KUALA LUMPUR 13 Mac- Majlis Peguam didesak untuk mempertahankan institusi kehakiman di negara ini selepas berlakunya penghinaan terhadap mahkamah di Persidangan Parlimen, baru-baru ini.

Wakil peguam G100, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, adalah menjadi tanggungjawab badan berkenaan untuk mempertahankan institusi tersebut daripada terus dihina pelbagai pihak.

“Kita perlu jaga maruah dan tidak boleh menghina mahkamah, apatah lagi mahkamah persekutuan. Jika sesiapa menghina kita perlu bantah.

“Sesiapa sahaja boleh mengkritik institusi kehakiman, tetapi bukan mempertikaikan keputusan tersebut,” ujarnya di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE

- See more at: http://m.utusan.com.my/berita/mahkamah/majlis-peguam-didesak-pertahan

0 comments:

Post a Comment