Tuesday 17 March 2015

Kenyataan Media ISU PERLETAKAN JAWATAN 17 AJK PAS KAWASAN BATU

Kenyataan Media

ISU PERLETAKAN JAWATAN 17 AJK PAS KAWASAN BATU

1. Kami mendapat maklum melalui portal berita dan rakaman youtube sidang media sebentar tadi bahawa 17 Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Batu yang diketuai oleh YBhg. Cikgu Ishak Surin telah meletak jawatan secara rasmi sebelum Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Batu ke-30 diadakan pada 19 April ini.

2. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada 17 AJK PAS Kawasan Batu tersebut atas segala sumbangan dan gerak-kerja yang dilaksanakan sepanjang menjawat posisi yang disandang sejak Mesyuarat Agung Tahunan ke-29 pada 2013 lalu itu. Kami juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka.

3. Berikutan dengan hal ini, kami masih menunggu arahan dan pemakluman lanjut daripada Pejabat Agung PAS dan Insya-Allah kami akan meneruskan Mesyuarat Agung Tahunan pada 19 April ini sebagaimana yang telah dirancang.

4. Kami yakin bahawa kepimpinan baru yang lebih baik akan dilantik dalam Mesyuarat Agung Tahunan bulan depan dapat meneruskan legasi kepimpinan ini dengan lebih cemerlang.

5. Akhir sekali kami juga ingin mempertegaskan sokongan dan mendokong penuh kepimpinan Dato’ Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS.

Sekian.

1. USTAZ AZHAR YAHYA
Ketua Urusan Ulamak PAS Kawasan Batu

2. NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu

3. HAJAH SALBIAH ABD. WAHAB
Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Batu

4. ZURINA DIN
Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Batu

5. USTAZAH NADIAH ABDUL RAHMAN
Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Batu

6. ABU BAKAR ABDUL RAHMAN
Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Batu

7. SHAMSUDDIN YAACOB
Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Batu

Tarikh : 17 Mac 2015 / 26 Jamadil Awal 1436H

0 comments:

Post a Comment