Friday, 30 January 2015

Pelajar naik helikopter ke sekolah

GUA MUSANG  - Kira-kira 500 pelajar Orang Asli membabitkan beberapa pos di pedalaman daerah ini terpaksa dibawa menaiki helikopter Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat, sejak dua hari lalu, untuk ke sekolah di bandar ini. Dua helikopter digunakan bagi tujuan itu, dengan setiap satunya boleh memuatkan 30 pelajar untuk satu perjalanan bagi mempercepatkan pemindahan mereka yang hampir sebulan tidak dapat ke sekolah. Ketua Pengarah...

Penduduk lega, rumah mula dibina

Perasmian Perumahan kekal mampu milik untuk penduduk Kuala Krai - Foto oleh Khiru Shaleh KUALA KRAI (29/01/2015) - Kalangan mangsa banjir di Manek Urai Lama yang rumah mereka dihanyutkan arus banjir baru-baru ini kini boleh menarik nafas lega apabila kerajaan Persekutuan mengotakan janji membina rumah baharu untuk mereka bermula hari ini.   Seorang penduduk, Rohani Abdul Majid, 71, bersyukur kerana kerajaan cepat membina...

Thursday, 29 January 2015

Kedudukan selekoh agak terlindung

PASIR MAS – Penduduk bagaikan meletakkan nyawa di hujung tanduk, setiap kali keluar dari Cabang Tiga Lati berdekatan cabang ke Repek, kerana lokasinya yang agak terlindung dari pandangan laluan Pasir Mas-Rantau Panjang. Penduduk, Norma Ismail, 51, berkata, kedudukan selekoh yang agak tersembunyi, menyebabkan pemandu dari arah Lati, tidak dapat mengagak kehadiran kenderaan dari arah Pasir Mas. Menurutnya, keadaan menjadi lebih teruk apabila...

Polis serius banteras samun, ragut

Penubuhan "Task Force" Kelantan   Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, dalam usaha menangani jenayah terbabit yang meningkat pada tahun lalu dengan 271 kes berbanding tahun sebelumnya dengan 196 kes penubuhan pasukan ini perlu bagi mengekang jenayah berkenaan pada tahun ini. “Pasukan ini mempunyai kekuatan 30 penguat kuasa yang terdiri daripada 25 pegawai dan lima anggota yang akan memantau keadaan jenayah ini dan mengenal...

79 kampit beras pulut dirampas

GUA MUSANG - Polis menahan sebuah lori yang sarat dengan muatan 79 kampit beras pulut bernilai RM15,800 dipercayai diseludup dari negara jiran di Kampung Tanah Puteh, dekat sini, malam tadi. Ketua Polis Daerah, Superintendan Saiful Bahri Abdullah berkata, dalam kejadian kira-kira jam 10.15 malam itu, lori terbabit yang dipandu seorang lelaki berusia 44 tahun, dalam perjalanan dari Kuala Krai menghala ke Kuala Lipis, Pahang. Menurutnya,...

Tuesday, 27 January 2015

KANTOII!! Senarai Lesen Untuk Pembalakan Hutan Kekal Di Kelantan 2014 !!

MOHON MB KELANTAN DAN TMB BAGI PENJELASAN DAN DATA BERAPA BANYAK BALAK YANG TELAH DITEBANG DAN BERAPA ROYALTI YANG SUDAH DIBAYAR...

Bantu pulihkan mangsa banjir

Kemas kini:Januari 27, 2015 - Sejumlah RM2.9 billion kerugian ditanggung oleh negara akibat kemusnahan infrastruktur dan prasarana ekoran bencana banjir yang berlaku di beberapa negeri terutamanya di beberapa negeri Pantai Timur pada penghujung tahun 2014.Trauma dan kesan psikologi akibat banjir meninggalkan impak terhadap mangsa banjir di kawaUntuk itu, Astro dengan kerjasama Kumpulan Karangkraf menggerakkan kempen "Kitakan Islam" dalam usaha...

Penyakit kencing tikus meningkat

Gambar Hiasan KOTA BHARU - Daerah Kota Bharu menjadi penyumbang tertinggi penularan penyakit kencing tikus di negeri ini berbanding jajahan lain, yang hanya mencatat satu hingga dua kes sahaja selepas banjir besar di Kelantan, Disember lalu.Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Datuk Dr Ghazali Hasni Md Hassan berkata, sebanyak 187 kes dilaporkan menerima rawatan di hospital berkenaan sejak awal Januari sehingga semalam.“Daripada ...

Friday, 23 January 2015

Catat 194 kes, barangan RM34,647 disita

AHMAD BASHAH MD. HANIPAH (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di SK Karangan, Manek Urai, Kuala Krai, Kelantan, semalam. – UTUSAN/JAZALY AMRY JAAFAR  KUALA KRAI 22 Jan. - Sebanyak 194 kes dengan barangan bernilai RM34,647 disita atas pelbagai kesalahan menerusi Ops Pasca Banjir yang dilancarkan bermula 9 Januari lalu hingga hari ini. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk...

Raja Abdullah diumumkan mangkat

ARAB SAUDI - Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz diumumkan mangkat dalam pengumuman yang dibuat stesen tv negara itu awal pagi ini.   Abdullah meninggal dunia pada usia 90 tahun.   Raja Arab Saudi yang baharu akan diwarisi Putera Salman Abdulaziz, lapor stesen tv berkenaan lagi yang dipetik daripada CNN.   Raja Abdullah, 90, dimasukkan ke hospital kerana menghidap jangkitan pada paru-paru.   Baginda menaiki takhta...

Tuesday, 20 January 2015

Najib: Kemusnahan infrastruktur akibat banjir hampir RM2.9 bilion

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, bencana banjir yang melanda negara baru-baru ini telah mengakibatkan kemusnahan infrastruktur dengan anggaran mencecah hampir RM2.9 bilion. Beliau berkata, musibah banjir luar biasa yang melanda beberapa buah negeri di pantai timur dan utara Semenanjung antaranya Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah dan Perak, serta sesetengah tempat di Johor, Sabah dan Sarawak, melibatkan sekitar 400,000 mangsa. Dengan ini, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan telah...