Thursday 8 January 2015

Pulanglah wahai anak Kelantan....

banjir

SHAH ALAM [Kemaskini]  - Rakyat Kelantan di perantauan disaran pulang bagi memberi sokongan moral kepada keluarga mereka yang mengalami kesan banjir.
Perunding Psikologi dan Guaman Syarie, Suzana Ghazali berkata, kemurungan yang melanda mangsa banjir itu hanya boleh diubati apabila mereka merasakan ada orang sekeliling yang prihatin dengan apa yang terjadi.

“Keprihatinan ahli keluarga amat diperlukan ketika ini di samping sokongan daripada orang sekeliling untuk menggambarkan bahawa mereka tidak berseorangan menghadapi apa yang berlaku.

“Mangsa-mangsa yang terjejas ini perlu diingatkan untuk terus bersyukur kerana mereka masih diberi kesempatan untuk hidup walaupun berdepan dengan musibah besar,” katanya.

Menurutnya, mangsa banjir tidak seharusnya ditinggalkan bersendirian dan ahli keluarga diminta sentiasa berhubung dengan mereka walaupun melalui telefon.

Kelmarin, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, menempatkan seramai 85 pegawai psikologi di kawasan terjejas banjir di seluruh negara bagi membantu mengurangkan trauma dialami mangsa bencana itu.

Sementara itu, Pensyarah Pengajian Sains Sosial Universiti Sains Malaysia, Dr Sivamurugan Pandian berkata, selain ahli keluarga, sokongan itu juga perlu datang daripada pihak pentadbir dengan melakukan pemulihan segera di kawasan yang terjejas.

“Di peringkat pasca banjir, mangsa melihat banyak kemusnahan harta benda. Jadi, pihak bertanggungjawab seperti agensi yang ditugaskan untuk membersihkan kawasan atau membaik pulih kawasan terjejas perlu menyegerakan tugas itu.

“Langkah ini juga boleh membantu pulihkan emosi mangsa. Sebab itu kita perlukan sistem sokongan daripada pelbagai pihak,” katanya.

Namun katanya, individu itu sendiri juga perlu kuat untuk bangkit daripada krisis bencana yang dialami.

“Mereka yang terjejas diingat mengurus krisis ini dengan baik agar ia tidak mengundang masalah lain. Maksudnya, jika dibiarkan bergelut dengan apa yang berlaku, ia boleh memberi kesan pada persekitaran mereka dan akhirnya masa depan," katanya.

Menurut Sivamurugan, pemulihan daripada pembangunan sekeliling adalah fokus utama ketika ini dan sekiranya proses itu berlaku dengan perlahan, ia akan memanjangkan lagi tempoh trauma mangsa. - Sinar Harian

2 comments:

  1. Kelantan RED WARRIORS sah cuma Pondan-Pondan yang berlagak bodoh-sombong, berlagak gedeber, hakikatnya lemah lembut, pondan, dayus lebih teruk drp betina dan pondan Jalan Chow Kit.

    RED Warrior tak berani tegur Kerajaan PAS Kelantan, tak beri persoal kemana halatuju Islam Kerajaan Pas Kelantan, kenapa beri Tanah Balak pada Dap Lahanat Nga & Ngeh Bersaudara, hingga mereka jadi Jutawan Kaya Raya, Puak Pimpinan Pas Kelantan Makan Rasuah simpan duit, Rakyat Kelantan makin miskin..

    Puak Red Warrior Ibu Kota MELIWAT orang kampong, mencelakakan kehidupan Mak Bapak, Ibu dan Ayah, sanak saudara kerana menyebarkan Dakyah Puak Pimpinan Rasuah Pas..

    Para Pemimpin PASMA Kerajaan PAS Kelantan Perasuah Tegar.., Husam Musa kaya raya...Dr Hata Ramli Kaya Raya...

    Red Warrior memang macam PONDAN...Lembik, Longlai..cuma tahu memuaskan Nafsu di Takbai, Golok..Minom lah kat sana puas-puas, balik Kelate jadi alim balik...

    Biar lagi banyak malapetala, bala turun di Kelantan, disebabkan masyarakat Kelantan, memang macam itu...tak mahu mengubah nasib, apa lagi menegakkan kebenaran.

    APA RED WARRIOR ADER TELOR KER?

    ReplyDelete
  2. orang kelantan dah tersesat,dah tat tahu arah lagi.

    ReplyDelete