PASIR MAS - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyertai orang ramai bergotong royong membersihkan kawasan Sekolah Kebangsaan Lati, Rantau Panjang di sini, yang dilanda banjir baru-baru ini.
Turut sama ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.
Muhyiddin yang dalam lawatan kerja ke negeri ini hari ini bagi meninjau keadaan pasca banjir, tiba di sekolah berkenaan pada jam 5.35 petang.
Beliau disambut oleh Ketua Umno Bahagian Rantau Panjang Datuk Abdullah Mat Yasin, guru di sekolah itu serta penduduk setempat.
Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan turut meluangkan masa bertanya khabar dan beramah mesra dengan kakitangan sekolah dan sukarelawan.
Timbalan Perdana Menteri kemudian berlepas pulang dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di Kota Baharu. - Bernama
0 comments:
Post a Comment