Thursday 29 January 2015

Polis serius banteras samun, ragut

Mazlan (kanan) menyampaikan sijil kepada salah seorang anggota pasukan ‘task force’ khas ragut dan samun di IPK, semalam.
Penubuhan "Task Force" Kelantan
 
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, dalam usaha menangani jenayah terbabit yang meningkat pada tahun lalu dengan 271 kes berbanding tahun sebelumnya dengan 196 kes penubuhan pasukan ini perlu bagi mengekang jenayah berkenaan pada tahun ini.
“Pasukan ini mempunyai kekuatan 30 penguat kuasa yang terdiri daripada 25 pegawai dan lima anggota yang akan memantau keadaan jenayah ini dan

mengenal pasti suspek yang terlibat.
“Kita mahu pastikan jenayah samun dan ragut dapat dikurangkan dan mencapai sasaran kosong peratus bagi pastikan orang ramai tidak takut berada di luar dan merasa selamat,” katanya kepada media selepas merasmikan pasukan terbabit dalam majlis himpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kelantan (IPK) di sini semalam.

Turut hadir timbalannya, Datuk Rosli Abdul Rahman.

Dalam pada itu, Mazlan berkata, fokus pihaknya adalah untuk membendung pelbagai kes samun melibatkan samun berkumpulan dengan senjata api, tanpa senjata api serta samun warga emas yang dilakukan di kawasan kediaman dan premis awam.

“Pada tahun ini kes samun berkawan tanpa senjata api juga turut meningkat kepada 12 kes berbanding tahun lalu dengan 9 kes dan samun berkawan tanpa senjata meningkat kepada tujuh kes berbanding tahun lalu hanya dua kes.
“Jadi penubuhan pasukan ini tepat pada masanya dan kita harap tertubuhnya pasukan ini dapat menangani kes berkenaan sehingga ke akar umbi,” katanya.

Dalam perkembangan kes 11 kematian yang dicatatkan dalam bencana banjir Disember lalu, beliau berkata usaha mengesan dan menyelamat dua kanak-kanak hilang dihanyutkan arus deras di Kuala Pertang, Kuala Krai dan Pasir Mas masih dijalankan.

“Bagaimana pun kita anggap kes ini dikategorikan sebagai kematian setelah hanyutkan arus dalam banjir,” katanya. -SINAR

1 comments:

  1. I saw 5 Indians guy kidnapped one truck with loading roller compacter around sg perak r&r just only 9.22am

    ReplyDelete