Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, dalam tempoh sama, sebanyak RM23,050 kompaun dikeluarkan kepada para pesalah.

Katanya, kebanyakan kesalahan adalah berkaitan timbang sukat serta tidak meletak tanda harga.

“Sejak Ops Pasca Banjir dilancarkan, sebanyak 35,714 pemeriksaan telah dilakukan di seluruh negara.
“Daripada 194 kes kesalahan, Johor menca­tat jum­lah tertinggi iaitu 72 kes diikuti Perak (61 kes), Terengganu (24). Kelantan pula mencatat 13 kes dengan jumlah rampasan sebanyak RM8,000,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Mesra Bersama KPDNKK di Sekolah Kebangsaan (SK) Karangan, Manek Urai, dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri, Abdul Ghani Harun serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dabong, Datuk Ramzi Abdul Rahman.

Ops Pasca Banjir dilancarkan bagi memastikan bekalan makanan mencukupi dan diperoleh dengan harga berpatutan selain memastikan tiada peniaga mengambil keuntungan berlebihan selepas musim banjir. -ZAAIN ZIN