Tuesday, 27 January 2015

Bantu pulihkan mangsa banjir

Banjir Kelantan
Kemas kini:Januari 27, 2015 - Sejumlah RM2.9 billion kerugian ditanggung oleh negara akibat kemusnahan infrastruktur dan prasarana ekoran bencana banjir yang berlaku di beberapa negeri terutamanya di beberapa negeri Pantai Timur pada penghujung tahun 2014.
Trauma dan kesan psikologi akibat banjir meninggalkan impak terhadap mangsa banjir di kawa

Untuk itu, Astro dengan kerjasama Kumpulan Karangkraf menggerakkan kempen "Kitakan Islam" dalam usaha membantu masjid di Kelantan yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Husammuddin Yaacub berkata tiga fasa diaktifkan iaitu cuci, pulih dan iqra: aktifkan rumah mengaji ia bertujuan meningkatkan nilai mulia Islam selain kesedaran kepada umum.


Misi ini bagi mengembalikan kekuatan spiritual untuk mangsa banjir dan penyatuan ummah, berlandaskan Al-Quran dan sunnah.

"Kami harus menggunakan masjid itu sebagai pusat penyatuan ummah dan tempat orang bertemu. Dan Al-Quran sebagai panduan,” kata Husammuddin.

Misi ini diadakan untuk mengembalikan kesedaran dan mengumpulkan masyarakat untuk sama-sama membersihkan kawasan masjid dan mengimarahkan masjid.


Kerja-kerja membersihkan 200 masjid di Kelantan yang terjejas akibat banjir, dijalankan dalam misi bantuan kerja amal, baru-baru ini.

Antara yang turut berganding bahu membersihkan kawasan masjid termasuk Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, yang bekerjasama dengan Astro Oasis, Kumpulan Media Karangkraf dan THR Gegar. -Awani

0 comments:

Post a Comment