Thursday, 8 January 2015

Mula di landa Kemarau - Thailand

Sungai - Tron dan Uttaradit semakin kering

Fenomena kemarau kini melanda kebanyakan kawasan utara Thailand dan kejadian itu berlaku lebih awal daripada jangkaan.
Keadaan itu juga menambah kebimbangan jika ia akan menyebabkan kekurangan bekalan air paling buruk berbanding tahun lalu.
Ketua kampung, Praphan Upata berkata, ada kemungkinan kemarau kali ini adalah terburuk sejak beberapa dekad.
“Biasanya musim kemarau berlaku antara November hingga April tetapi kekurangan air hanya terjadi pada Mac.
“Namun beberapa kawasan di sini sudah mula kering,” katanya.
Masalah itu juga, kata Praphan, menyebabkan petani tidak dapat menjalankan aktiviti sepatutnya sekali gus menjejaskan sumber pendapatan harian.
Penduduk Uttaradit, Jamlong Jairak berkata, pili di rumahnya tidak lagi mengeluarkan air sejak dua bulan lalu.
“Saya terpaksa berbelanja lebih untuk keperluan itu dan ia tidak termasuk kos membeli air minuman,” katanya.
Di wilayah Phichit pula, tanaman padi berisiko musnah - juga kerana ketiadaan bekalan air mencukupi. - Agensi

0 comments:

Post a Comment