PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) semalam melancarkan Ops Pasca Banjir bagi mengisytiharkan perang ke atas peniaga tamak yang didapati sengaja menaikkan harga barang ketika musim banjir sekarang.
Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata, operasi selama tiga bulan itu bukan sahaja bertumpu di negeri-negeri yang dilanda banjir tetapi di seluruh negara. Sebanyak 2,000 anggota dan pegawai penguat kuasa dikerahkan untuk tujuan tersebut.
Katanya, operasi itu bukan untuk menganiaya peniaga tetapi mahu menyekat sikap segelintir golongan itu yang mengambil kesempatan ekoran musibah banjir dengan mengaut keuntungan secara melampau. - MOHD. TURMADZI MADUN
0 comments:
Post a Comment