Thursday 8 January 2015

JPJ sedia lanjut tempoh ganti dokumen kenderaan rosak - Banjir


KUALA KANGSAR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedia melanjutkan tempoh penggantian lesen memandu, cukai jalan dan geran kenderaan yang rosak atau hilang secara percuma kepada mangsa banjir.
Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, pihaknya sebelum ini memberi tempoh sehingga akhir bulan ini kepada mangsa banjir untuk berbuat demi, namun sedia melanjutkan tempoh itu jika perlu.
"Jika perlu masa tambahan, kita akan tambah," katanya pada sidang media selepas Majlis Infaq Pakaian Sekolah Anak Yatim Yayasan Darul Ihsan di Stesen Penguatkuasa JPJ Kuala Kangsar di sini sebentar tadi.
Ismail berkata, mangsa banjir yang lesen memandu, cukai jalan dan geran kenderaan rosak boleh pergi ke mana-mana cawangan JPJ untuk penggantian.
Katanya, bagi dokumen yang hilang pula pemiliknya perlu membuat laporan polis dan kemudian membuat permohonan bagi penggantian.

0 comments:

Post a Comment