Tuesday 13 January 2015

Adik beradik Kouachi dilatih al-Qaeda

Cherif (kiri) dan abangnya didakwa mendapat latihan senjata di Yaman.
Cherif kiri dan kanan abangnya didakwa mendapat latihan bersenjata di Yaman

SANAA - YAMAN. Adik beradik yang melancarkan serangan berdarah ke atas ibu pejabat majalah Satira, Charlie Hebdo didakwa mendapatkan latihan senjata di Yaman.

Menurut AFP, Cherif dan Said Kouachi dikatakan memasuki negara itu melalui Oman pada 25 Julai 2011 dan dilatih oleh kumpulan militan di gurun Marib yang merupakan kubu kuat rangkaian al-Qaeda di Semenanjung Arab (AQAP).

"Mereka menyertai latihan selama tiga hari di Wadi Abida yang terletak antara wilayah Marib dan Shabwa itu bersama perekrut militan berpengaruh, Anwar al-Awlaki," menurut sumber risikan kerajaan.

Sebelum ini, Cherif pernah mendedahkan bahawa dia ada mendapat bantuan dana daripada Anwar yang terbunuh akibat serangan dron dilancarkan Amerika Syarikat pada September 2011.

Selain itu, dia turut mendakwa dirinya telah 'dihantar' oleh rangkaian AQAP di Yaman.

Dalam perkembangan lain, kekasih kepada penyerang ketiga yang dikehendaki pihak berkuasa, Hayat Boumeddiene disahkan merentasi sempadan Turki untuk memasuki Syria pada 8 Januari lalu.

Agensi berita Turki melaporkan Hayat tiba di lapangan terbang Istanbul selepas mengambil penerbangan dari Madrid pada 2 Januari lalu.

Bukti yang didedahkan itu jelas menunjukkan wanita itu berada di Ankara ketika teman lelakinya, Amedy Coulibaly melancarkan serangan di sebuah pasar raya di Porte de Vincennes pada Jumaat lalu.

Kelmarin,  sebuah rakaman video memaparkan seorang lelaki mendakwa dirinya sebagai Coulibaly,  mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan itu  atas nama kumpulan militan Negara Islam (IS).

0 comments:

Post a Comment